🖌 Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalibs bin Hashim.
🖌 Tanggal lahir : Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bertepatan dengan 20 April 571 Masehi (dikenali sebagai Tahun Gajah; peristiwa tentara bergajah Abrahah yang menyerang kota Kaabah).
🖌 Tempat lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.
🖌 Nama bapak : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
🖌 Nama ibu : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf.
🖌 Pengasuh pertama : Barakah Al-Habsyiyyah (diberi gelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW).
🖌 Ibu susu pertama : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).
🖌 Ibu susu kedua : Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali Halimah As-Saadiah. Suaminya bernama Abu Kabsyah).
USIA 5 TAHUN
💓 Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bagian syaitan yang wujud di dalam hatinya.
USIA 6 TAHUN
💓 Ibunya Aminah binti Wahab sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa ' (sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madina, baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh kakeknya Abdul Muttalib.
USIA 8 TAHUN
💓 Kakeknya, Abdul Muttalib pula meninggal dunia. Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.
USIA 9 TAHUN
(Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).
💓Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan.
💓Di kota Basra, negeri Syam, seorang pendeta Nasrani bernama Bahira (Buhaira) menemui pimpinan rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.
USIA 20 TAHUN
💓Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ' Sirah ', jilid1, halaman 184-187 mengatakan pada usia 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah saja.
💓Menyaksikan 'perjanjian Al-Fudhul' ; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Makkah.
USIA 25 TAHUN
💓Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barang Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.
💓Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.
💓Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
💓Mas kawin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.
USIA 35 TAHUN
💓Banjir besar melanda Mekkah dan meruntuhkan dinding Kaabah.
💓Pembangunan kembali Kaabah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Mekkah.
💓Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan 'Hajarul-Aswad ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertengkaran berhubung perletakan batu tersebut.
USIA 40 TAHUN
💓Menerima wahyu di gua Hira ' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.
USIA 53 TAHUN
💓Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar As-Siddiq.
💓Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622 M.
USIA 63 TAHUN
💓Rasulullah SAW wafat di Madinah Al-Munawwarah pada hari Senin, 12 Rabiulawal tahun 11Hijrah/ 8 Juni 632 Masehi.
ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW
💚 Khadijah Binti Khuwailid.
💚 Saudah Binti Zam'ah.
💚 Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar).
💚 Hafsah binti ' Umar (anak Saidina ' Umar bin Al-Khattab).
💚 Ummi Habibah Binti Abu Sufyan.
💚 Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah).
💚 Zainab Binti Jahsy.
💚 Maimunah Binti Harith.
💚 Safiyah Binti Huyai bin Akhtab.
💚 Zainab Binti Khuzaimah (digelar ' Ummu Al-Masakin ' ; Ibu Orang Miskin).
ANAK-ANAK RASULULLAH SAW
1. 💜 Qasim
2. 💜Abdullah
3. 💜 Ibrahim
4. 💜Zainab
5. 💜 Ruqaiyah
6. 💜Ummi Kalthum
7. 💜Fatimah Al-Zahra '
ANAK TIRI RASULULLAH SAW
💙Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika menikah dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda).
SAUDARA SESUSU RASULULLAH SAW
• Ibu Susuan/ saudara susuan :
1. Thuwaibah
1. Hamzah
2. Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad
• Saudara Susuan :
1. Halimah Al-Saidiyyah :
1. Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib
2. Abdullah bin Harith bin Abdul ' Uzza
3. Syaima ' binti Harith bin Abdul ' Uzza
4. ' Aisyah binti Harith bin abdul ' Uzza
BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW
(Anak-anak Dari Abdul Muttalib)
1. Al-Harith
2. Muqawwam
3. Zubair
4. Hamzah ***
5. Al-Abbas ***
6. Abu Talib
7. Abu Lahab (nama asalnya Abdul Uzza)
8. Abdul Ka ' bah
9. Hijl
10. Dhirar
11. Umaimah
12. Al-Bidha (Ummu Hakim)
13. Atiqah ##
14. Arwa ##
15. Umaimah
16. Barrah
17. Safiyah (ibu kepada Zubair Al-Awwam) ***
Keterangan :
*** Sempat masuk Islam.
## Ulama berselisih pendapat tentang Islamnya.
Sabda Rasulullah SAW:
"Barangsiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan barangsiapa yang mencintai aku niscaya dia bersama-samaku di dalam
syurga".
(Riwayat Al-Sajary daripada Anas )
اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم
Nabi Muhammad SAW - Manusia agung
KENALI NABI MUHAMMAD S.A.W. SECARA LAHIRIAH
💓Begitu indahnya sifat fisikal Baginda, sehinggakan seorang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bertemu dengan Baginda lantas melafazkan keIslaman dan mengaku akan kebenaran apa yang disampaikan oleh Baginda.
Di antara kata-kata apresiasi para sahabat ialah:
💞 Aku belum pernah melihat lelaki yang setampan Rasulullah saw..
💞 Aku melihat cahaya dari lidahnya.
💞 Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari terbit.
💞 Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.
💞 Rasulullah umpama matahari yang bersinar.
💞 Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.
💞 Apabila Rasulullah merasa gembira, wajahnya bercahaya seperti bulan purnama.
💞 Pertama kali memandangnya sudah pasti akan terpesona.
💞 Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.
💞 Wajahnya seperti bulan purnama.
💞 Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya.
💞 Pembuluh darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas ketika marah.
💞 Mata Baginda hitam dengan bulu mata yang panjang.
💞 Garis-garis merah di bagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli di bagian sudut.
💞 Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali pertama kali melihatnya.
💞 Mulut baginda sederhana luas dan cantik.
💞 Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bagian depan.
💞 Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya.
💞 Janggutnya penuh dan tebal menawan.
💞 Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan indah.
💞 Warna lehernya putih seperti perak, sangat indah.
💞 Kepalanya besar tapi sangat elok bentuknya.
💞 Rambutnya sedikit ikal.
💞 Rambutnya tebal kadang-kadang menyentuh pangkal telinga dan kadang-kadang mencapai bahunya tapi disisir rapi.
💞 Rambutnya terbelah di tengah.
💞 Di tubuhnya tidak banyak bulu kecuali satu garisan bulu menganjur dari dada ke pusat.
💞 Dadanya bidang dan selaras dengan perut. Luas bidang antara kedua bahunya lebih daripada biasa.
💞 Seimbang antara kedua bahunya.
💞 Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar dan tersusun dengan cantik.
💞 Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut.
💞 Buah betisnya tidak lembut tetapi cantik.
💞 Kakinya berisi, tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air.
💞 Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.
💞 Warna kulitnya tidak putih seperti kapur atau coklat tapi campuran coklat dan putih.
💞 Warna putihnya lebih banyak.
💞 Warna kulit baginda putih kemerah-merahan.
💞 Warna kulitnya putih tapi sehat.
💞 Kulitnya putih lagi bercahaya.
💞 Postur badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kokoh.
💞 Badannya tidak gemuk.
💞 Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuran sederhana lagi seimbang.
💞 Perutnya tidak buncit.
💞 Badannya cenderung kepada tinggi, semasa berada di kalangan orang banyak baginda kelihatan lebih tinggi daripada mereka.
KESIMPULANNYA :
Nabi Muhammad sa.w adalah manusia agung yang ideal dan sebaik-baik contoh sepanjang zaman. Baginda adalah semulia-mulia insan di dunia.
Catatan :
Silahkan share kepada yang lainnya Untuk mengenal Beliau baginda Sayyidina wa Maulana Muhammad SAW. dan mencintainya.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar