Rabu, 03 Januari 2018

MEMBONGKAR KEZALIMAN WAHHABI

Membongkar Fakta Sejarah Hitam Wahhabi

A. Kezaliman Dilakukan Oleh Wahhabi Di Kota Thoif :

1. Wahhabi menyerang kota Thoif setelah menawan pemerintahan Asy-syarif Gholib Hakim Mekah pada Zulqaedah tahun 1217 H bersamaan 1802 M. Kemudian Wahhabi membunuh penduduk Thoif termasuk wanita dan anak-anak. Wahhabi turut menyembelih bayi yang masih dipangkuan ibunya.

2. Wahhabi membunuh umat Islam di dalam masjid-masjid dan rumah-rumah.

3. Wahhabi bertindak mengejar siapa saja yang lari dari serangan wahhabi lalu membunuhnya.

4. Wahhabi juga mengumpul mereka tadi dalam satu kawasan kemudian dipukul leher mereka dan dibunuhnya. Sebagian mereka dibawa oleh Wahhabi ke lembah Wadi Aluj lantas Wahhabi meninggalkan mereka di wadi yang kosong itu yang jauh dari perkampungan dalam keadaan telanjang antara lelaki dan perempuan.

5. Semasa kebangkitan Wahhabi, mereka bertindak ganas terhadap ulama Islam di kota Thoif dan ulama Islam yang bertemu dengannya termasuk ulama Islam di Mekah dan Madinah mati dibunuh oleh Wahhabi berdasarkan fakta sejarah.

Pada masa itu Wahhabi telah membunuh dan menyembelih ulama Islam sangat banyak. Ulama Islam yang dibunuh oleh Wahhabi adalah:
Mufti Mekah Al-Mukarramah waktu yang sama merupakan seorang mufti Mekah dalam mazhab asy-syafi’iyyah bernama Syeikh Abdullah Az-Zawawi telah mati dibunuh oleh Wahhabi dengan kejam di depan rumahnya dengan cara menyembelihnya.
• Seorang qodhi (tuan kadi) bernama Abdullah Abu Al-Khoir juga mati dibunuh oleh Wahhabi ketika itu.
Syeikh Ja’far Asy-Syaiby dan beberapa ulama Islam bersamanya dibunuh oleh Wahhabi dengan cara penyembelihan kejam oleh komadan dan bala tentara Wahhabi ketika itu.

Setelah Wahhabi menyerang kota Thoif dan membunuh umat Islam dan ulamanya di sana. Wahhabi menyerang tanah yang mulia Mekah Al-Mukarramah pula tahun 1803 M : 1218 H seperti yang dinyatakan oleh pengkaji sejarah Abdullah bin Asy-Syarif Husain dalam kitabnya berjudul Sidqul Akhbar Fi Khawarij Al-Qorni Thaniy ‘Asyar.

B. Kezaliman Dilakukan Oleh Wahhabi Di Kota Mekah

Ahli sejarah Wahhabi bernama Uthman Ibnu Basyir Al-Hambaly An-Najdy menyatakan kejadian tersebut berlaku pada tahun 1220 H dalam kitabnya Tarikh Najad. Dalam kedua-dua kita sejarah tadi menceritakan kezaliman Wahhabi di tanah suci Mekah antaranya:

1. Pada bulan Muharram 1220 H bersamaan 1805 M Wahhabi di Mekah membunuh umat Islam yang menunaikan ibadah haji.

2. Ibu-ibu penduduk kota Mekah dipaksa menjual harta hak milik masing-masing untuk menebus kembali anak-anak mereka yang masih kecil ditangkap oleh Wahhabi.

3. Penduduk Mekah kelaparan karena kezaliman yang dilakukan oleh Wahhabi sehingga anak-anak mati kelaparan. Mayat-mayatnya banyak bergelimpangan.

4. Ahli sejarah dan merupakan golongan Wahhabi juga (Uthman An-Najdy) menyatakan bahawa Wahhabi menjual daging-daging keledai dan bangkai kepada penduduk Islam Mekah dengan harga yang tinggi dalam keadaan mereka kelaparan. Sungguh dihina umat Islam Mekah ketika itu.

Imam Ibnu Asakir, Imam al-Khatib dan Imam al-Hafiz al-Mizzi meriwayatkan sebuah hadis yang berbunyi: “Apabila akhir umat ini melaknat (generasi) awalnya, maka hendaklah orang-orang yang mempunyai ilmu pada ketika itu menzahirkan ilmunya. sesungguhnya orang yang menyembunyikan ilmu pada waktu tersebut seumpama seseorang yang menyembunyikan apa yang telah diwahyukan kepada baginda Muhammad s.a.wasallam !!!” Allahuma’amin.

Referensi :
1. Kitab Kasyfu Al-Irtiyab
2. Kitab Sofahaat Min Tarikh Al-Jazirah Al-Arabiyah Al-Hadithah pada m/s 178
3. Kitab Al-Awroq Al-Baghdadiyyah Fi Al-Hawadith An-Najdiyyah
4. Kitab Inwan Al-Majdy Fi Tarikh Najad Juzuk 1 Mukasurat 135

Tidak ada komentar:

Posting Komentar