Akhlak Rasulullah Muhammad Saw :
١. Baginda selalu diam.
٢. Berbicara ketika perlu.
٣. Perbicaraannya fasih, ringkas tetapi padat.
٤. Menghadapkan seluruh tubuhnya bila berbicara dengan seseorang.
٥. Hatinya selalu sedih (inginkan umat dalam kebaikan dan terlepas dari azab الله swt).
٦. Selalu menundukkan pandangan karena tawaddu’.
٧. Berfikir terus-menerus.
٨. Menghargai nikmat sekecil apa pun.
٩. Tidak pernah mencela makanan. Apabila suka, Baginda akan makan. Jika tidak, ditinggalkannya tanpa mencelanya.
١٠ . Tidak pernah marah yang ada kaitan dengan urusan dunia.
١١ . Marah bukan kerana nafsu.
١٢ . Apabila kebenaran dipermainkan, Baginda akan bangkit untuk berusaha mempertahankannya.
١٣ . Apabila marah Baginda akan memalingkan muka.
١٤ . Apabila suka Baginda akan memejamkan mata.
١٥ . Tidak pernah berkata kotor, berbuat keji dan melampaui batas.
١٦ . Tidak pernah berteriak-teriak di pasar.
١٧ . Tidak pernah membalas kejahatan dengan kejahatan. Malah Baginda memaafkan dan berlapang dada.
١٨ . Tangan Baginda tidak pernah memukul selain untuk berjihad di jalan الله swt.
١٩ . Apabila menghadapi dua perkara Baginda memilih yang paling mudah selagi ia bukan dalam perkara ma'siat.
٢٠ . Di rumah, Baginda adalah manusia biasa yang membasuh pakaian, memerah susu dan membuat sendiri segala keperluan diri.
٢١ . Ketika duduk atau pun berdiri, Baginda selalu berzikir.
٢٢ . Raut wajahnya selalu ceria, perangainya dapat dicontohi dengan mudah, lemah lembut dan peramah.
٢٣ . Tidak pernah bersikap keras dan bertindak kasar, berteriak-teriak, lebih-lebih lagi mencela orang lain.
٢٤ . Tiga perkara yang dijauhi ; perselisihan, bongkak dan segala yang tidak diperlukan.
٢٥ . Tidak pernah mencela dan memaki orang lain.
٢٦ . Tidak pernah menbuka rahasia orang lain.
٢٧ . Tidak pernah berbicara kecuali sesuatu yang menjanjikan pahala.
٢٨ . Perbicaraannya memukau sesiapa pun yang mendengarnya lalu tertegun seolah-olah ada burung melintas di atas kepala mereka.
٢٩ . Barangsiapa yang melihat Baginda sepintas lalu akan merasa hormat terhadapnya.
٣٠ . Barangsiapa yang selalu bergaul dan telah dekat mengenali Baginda, akan menyayanginya sepenuh jiwa raga.
٣١ . Baginda pasti memberi tempat kepada orang yang ingin duduk dan tidak membedakan di kalangan mereka.
٣٢ . Barangsiapa yang meminta sesuatu, pasti dipenuhinya atau jika sebaliknya ditolak dengan tutur kata yang lemah lembut.
٣٣ . Tangan Baginda selalu terbuka kepada siapa saja tanpa pilih kasih. Baginda adalah ayah bagi mereka semua.
٣٤ . Di manana pun Baginda berada, di situ terpancar cahaya ilmu , sikap malu dan sabar serta amanah.
٣٥ . Tidak ada yang berani meninggikan suara dihadapan Baginda karena kewibawaan Baginda.
٣٦ . Semua mengakui keutamaannya karena ketaqwaannya ; menghormati orang tua, menyayangi yang kecil, mengutamakan orang yang ada hajat, menjaga keperluan dan kebajikan orang asing.
٣٧ . Tidak terus memotong percakapan orang lain. Jika ingin memotong, Baginda hentikan dahulu ataupun berdiri.
٣٨ . Paling berlapang dada.
٣٩ . Paling tepat dalam berbicara.
٤٠ . Paling halus keperibadiannya.
٤١ . Paling ramah dan beradab dalam pergaulan dan muamalahnya.
(Dipetik daripada Biografi Lengkap Rasulullah saw ;
oleh Dr Sayyid Muhammad bin Alawi Al Maliki) .
ماشاء الله تبارك الله .
الحقير إلى الله .
| At-Tariq ILallah
Tidak ada komentar:
Posting Komentar