Kamis, 28 Desember 2017

BENARKAH WAHHABI ITU SALAFI ?

Supaya kita lebih faham arti terminologi yang dipakai

1. Imam Hanafi : Lahir 80 Hijrah
2. Imam Maliki : Lahir 93 Hijrah
3. Imam Syafi'i : Lahir 150 Hijrah
4. Imam Hambali : Lahir 164 Hijrah
5. Imam Asy'ari : Lahir 240 Hijrah

Mereka ini semua ulama Salafus Sholih dikenali dengan nama ulama SALAF.

Apa itu SALAF?

Salaf ialah nama "zaman" yaitu merujuk kepada golongan ulama yang hidup antara kurun zaman kerasulan Nabi Muhammad hingga 300 hijrah. Terdiri dari :
1) Golongan generasi pertama dari 300 tahun hijrah itu disebut "Sahabat Nabi" karena mereka pernah bertemu Nabi.
2) Golongan generasi kedua pula disebut "Tabi'in" yaitu golongan yang pernah bertemu Sahabat Nabi tapintak pernah bertemu Nabi.
3) Golongan generasi ketiga disebut sebagai "Tabi' tabi'in" yaitu golongan yang tak pernah bertemu Nabi dannSahabat tapi bertemu dengan Tabi'in.

Jadi Imam Abu Hanifah (pengasas madzhab Hanafi) merupakan murid Sahabat Nabi maka beliau seorang tabi'in.

Imam Malik, Imam Syafie, Imam Hanbali, Imam Asy'ari pula berguru dengan Tabi'in maka mereka adalah golongan tabi' tabi'in.

Jadi kesemua imam-imam yang mulia ini merupakan golongan
Salaf Yang Sebenarnya dan pengikut mazhab merekalah yang paling layak digelar sebagai "Salafi" karena "salafi" bermaksud "pengikut golongan SALAF". Jadi beruntunglah kita di Nusantara yang masih berpegang kepada mazhab Syafi'i yang merupakan mazhab salaf yang sebenarnya danbtidak lari dari kefahaman nabi dan sahabat.

Rujukan orang Wahhabi :

1) Ibnu Taimiyyah lahir: 661 Hijrah (lahir 361 tahun selepas berakhirnya zaman salaf)
2) Albani lahir: 1333 Hijrah (mati tahun 1420 hijrah @ 1999 Masihi, lahir 1033 tahun selepas berakhirnya zaman salaf)
3) Muhammad Abd Wahhab (pengasas gerakan Wahhabi):
1115 Hijrah (lahir 815 tahun selepas berakhirnya zaman salaf)
4) Bin/Ibnu Baz lahir: 1330 Hijrah (mati tahun 1420 hijrah @ 1999 Masihi, sama dengan Albani, lahir 1030 tahun selepas berakhirnya zaman salaf).
5) Ustaimin lahir: 1928 Masihi (mati tahun 2001, lebih kurang 12 tahun lepas dia mati, lahir entah berapa ribu tahun selepas zaman salaf.

Mereka ini semua hidup di AKHIR ZAMAN kecuali Ibnu Taimiyyah yang hidup di pertengahan zaman antara zaman salaf dan zaman dajjal (akhir zaman). Tak ada sorang pun imam rujukan mereka yang mereka taksub buta hidup di zaman salaf. Mereka ini semua teramat lah jauh dari zaman salaf tapi sangat aneh apabila orang-orang Wahhabi menggelarkan diri sebagai "Salafi" (pengikut golongan Salaf).

Sedangkan rujukan mereka semuanya merupakan manusia-manusia yang hidup di AKHIR ZAMAN? Coba fikirkanlah dengan otak waras ya !!!

Tidak ada komentar:

Posting Komentar